Ni Tom Cruise.. Bukan John!! ;)
Ada seorang sahabat saya bertanyakan tentang lelaki Islam vs lelaki mat saleh.. Sahabat saya itu telah lama berkawan dengan John (bukan nama sebenar), seorang lelaki mat saleh.. Pada permulaan perkenalan mereka, tidak timbul soal hati.. Namun kini sahabat saya mengutarakan kepada saya bahawa dia mula menyukai lelaki itu dan lelaki itu sendiri menunjukkan kesukaan terhadapnya.
Hurm.. bukan mudah ingin membincangkan soal hati sebab saya sendiri tidak pernah bercinta ;)
Sahabat saya itu mengutarakan bahawa dia inginkan lelaki itu sebagai suaminya kelak.. Tetapi yang membimbangkan, lelaki mat saleh itu bukan seorang muslim, jauh sekali seorang mukmin!!
Pada pendapat saya, isu ini terdapat pro dan kontranya.. Jika benar dia sayangkan lelaki itu, bantulah lelaki itu untuk mendalami Islam.. Ajaklah dia ke arah kebenaran.. Tugas menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam untuk beriman kepada Allah adalah tugas para Rasul.. Ia merupakan tugas yang amat mulia.. Ganjaran besar yang akan diberikan kepada mereka yang tidak pernah lelah untuk mengajak orang bukan Islam untuk mentauhidkan Allah..
Rasulullah Salallahu alaih wasallam bersabda,
'Barang siapa menyeru kepada petunjuk (Islam) maka ia akan mendapat pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutnya, tidak berkurang sedikit pun'
(Riwayat Muslim)
Tetapi, sahabat saya mengatakan bahawa dia bukanlah seorang wanita yang terlalu kuat sehingga mampu untuk membuatkan seorang lelaki kafir menjadi mukmin.. Ya, bukan mudah sebenarnya.. Sedangkan perjuangan Rasulullah Sallallahu alaih wasallam untuk menyampaikan dakwah Islam itu sendiri ditolak keras oleh golongan yang keras hatinya..
Jadi, saya berpendapat bahawa jika dia sendiri sedar bahawa dia tidak mampu untuk mengajak kepada Islam terhadap John, sebaiknya dia melupakan hasrat untuk terus hanyut dengan perasaan cintanya terhadap lelaki itu.. Sebaiknya pilihlah lelaki yang mampu mendidik anak-anaknya nanti untuk menjadi anak yang soleh dan solehah ;)
Tidaklah menjadi kesalahan untuk dia terus berkawan dengan John.. Mungkin suatu hari nanti, Allah akan membuka pintu hati lelaki itu untuk memasuki Islam melalui persahabatan mereka.. Namun, untuk dijadikan suami, sebagai pemimpin keluarga, sebagai pendidik anak-anak kelak, John bukanlah pilihan terbaik.. Perlu mengambil masa yang lama untuk menyedarkan lelaki mat saleh itu tentang Islam.. Janganlah terburu-buru membuat keputusan..
Saya tidak mengatakan lelaki Islam sejak awal itu, baik-baik semuanya.. Kita kan manusia.. Iman manusia itu sentiasa bertambah dan berkurang.. Cuma, saya bimbang sekiranya John sudi menerima Islam tetapi hanya disebabkan untuk berkahwin dengannya.. Dan apabila sudah berkahwin, sahabat saya itu tidak mampu untuk terus membimbing suaminya.. Sedangkan, tugas membimbing adalah tugas suami terhadap isterinya..
Isu ini terlalu panjang untuk dihujahkan.. Malah, saya bukanlah seorang yang alim tentang ini.. Tetapi, jika saya, saya lebih suka untuk memilih lelaki yang asalnya sudah Islam.. Saya memerlukan pembimbing ;)

No comments:
Post a Comment