Tuesday, 12 June 2012

Ingatlah Walaupun Hanya Satu Kebaikannya

'9 kali kejahatan yang dia buat pada kita, ingatlah 1 kebaikan yang dia telah berikan.. walaupun hanya 1!!'

Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.. Kerana itu fitrah.. Manusia ada perasaan marah, suka, gembira, sedih, kecewa dan sebagainya.. Kenapa? Kerana ianya adalah fitrah. Fitrah manusia yang diberikan oleh Allah.. Kita tidak mampu menghapuskan perasaan itu, tetapi kita mampu untuk mengawalnya kan?

Saya ingin menulis tentang Persahabatan.. Dah bosan dengan isu ni? Bagi saya isu ini tidak membosankan.. Kita mempunyai sahabat yang kita cintai, kenapa perlu bosan dengan perkara yang berkaitan dengan sahabat kita? ;)  Sahabat juga seperti kita, mereka juga tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.. Tetapi, kenapa dengan kesalahan yang mereka lakukan itu, sudah cukup membuatkan kita berasa jauh hati,  berasa marah, kecewa.. Macamlah kita ni tak pernah buat salah!! ;)

Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang di pakai oleh Rasulullah Sallallahu alaih wasallam hingga berbekas leher Baginda. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaih wasallam tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

Subhanallah.. Indah sungguh sifat Utusan Allah ini. Baginda mampu bersikap sabar walaupun disakiti.. Malah membalas kesakitan itu dengan kebaikan.. Kenapa kita tidak mengikut sifat mulia yang datangnya dari insan  yang mulia ini? Rasulullah sallallahu alaih wasallam kan role model yang terbaik di dunia dan di sepanjang zaman.. Sedangkan kita, kesalahan yang sahabat lakukan, kita nampak terlalu besar sehingga mengambil masa yang lama untuk memaafkan kesalahannya.. Benar, kita bukanlah nabi yang mempunyai sifat sabar yang amat tinggi.. Tapi, kenapa kita tidak mencontohinya?

Di sini turut saya masukkan Ciri-ciri mereka yang berukhwah kerana Allah SWT:

1. Tidak membiarkan atau meninggalkan sahabatnya yang dalam kesusahan
2. Bersifat toleransi dan memaafkan
3. Berjumpa dengan wajah yang tersenyum
4. Bersahabat ikhlas kerana Allah
5. Setia dan berbuat baik kepada sahabat
6. Tidak mengumpat dan tidak menceritakan keburukan sahabat
7. Mengelakkan perselisihan pendapat, gurauan yang berlebihan dan tidak tepati janji
8. Bersifat pemurah dan muliakan sahabat
9. Mendoakan sahabat

Oleh itu, muhasabah semula diri kita sekiranya ada terselit perasaan marah, dengki, iri hati, menyampah atau pun sebagainya terhadap sahabat kita. Ingatlah, di akhirat kelak kita akan bersama orang yang kita cintai di dunia.. Tidakkah kita mahu bersama sahabat kita di sana? ;)

~peringatan untuk saya dan sahabat-sahabat~ ^^




.


No comments:

Post a Comment