Friday, 22 June 2012

Selesai Sudah Latihan Seminggu!! ;)


Alhamdulillah.. dah selesai pun latihan palapes selama seminggu.. Tak tau kenapa, latihan kali ni amat menyeronokkan!! amat! ;)

Walaupun kaki amat penat.. Hari first berjalan 3 jam, hari kedua berjalan 5 jam, hari ketiga dekat 2 jam berjalan.. Tapi mmg best.. Tak rasa tekanan langsung.. Bila mula-mula berjalan tu, rasa down sangat-sangat juga.. Penat sangat.. Hari kedua tu yang paling seksa sekali.. Berjalan dengan beg pack sekali.. Tapi, sambil berjalan tu, aku selalu mengingatkan diri tentang apa yang ayah cakap.. Kata ayah,

'Macam mana nak hadapi cabaran hari depan yang lagi mencabar kalau cabaran dalam palapes pun dah tak boleh nak lawan..'

Kata-kata tu yang buat aku bersemangat balik untuk terus mara.. Tipu la kalau cakap tak penat.. Penat gila! Sakit kaki ni.. Sakit belakang.. Tapi, hidup perlu diteruskan dengan tabah kan? ;)

Masa sakit kaki tengah jalan tu.. Kawan aku bagi kata-kata semangat.. Kata dia,

'Kiah, hidup ni macam jalan yang ada depan kita ni.. Banyak liku, banyak cabaran.. Kita perlu teruskan juga.. Sabar la.. Kita tak dapat teruskan hidup kalau kita tak dapat nak lalui liku dan cabaran ni..'

Yang penting, esok aku akan pulang ke kampung.. Rindu gila nak jumpa mak dengan ayah.. Sangat2!! ^^


Friday, 15 June 2012

Bosan? Nah Tengok Cerita Ni!! ;)

Tercari-cari cerita menarik untuk ditonton? hehe.. Kat sini den nak advice satu citer Jepun baik punya!!

Yamato Nadeshiko Shichi Henge



Citer ni mengisahkan tentang Sunako, seorang gadis berusia 21 tahun yang amat takut menghadapi dunia luar.. Dia sukakan benda-benda pelik macam tengkorak, keranda, patung-patung dan suka tempat yang menyeramkan.. hehe.. Untuk mengelakkan Sunako terus dengan 'dunia'nya, mak cik Sunako minta 4 orang anak angkatnya untuk membantu Sunako berubah menjadi seorang wanita yang sebenar..;)

Drama ni amat kelakar, sedih, dan jalan ceritanya simple n menarik!
Untuk pengetahuan, drama ni diadaptasikan dari anime, tu pasal best giler.. Aku baru tengok episod 6.. Seriously, tak bosan tengok ^^

Jatuh Suka Pada Dia ;)





Pernah suka pada seseorang?
Bila buka wall fb dia, senyum sorang-sorang..
Bila dia 'Like' status kita, melompat gembira..
Bila dia komen status kita, lagi tinggi la melompat tu kan!

Di sini, saya akan memberi pengertian Cinta, Sayang, Suka dan Minat.. Nampak macam sama tapi sebenarnya tak serupa.. ;)

Cinta
Suatu perasaan yang mendalam terhadap si dia dan kalau boleh mahu hidup semati bersamanya..

Sayang
Kita memerlukan si dia pada masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita sayang akan seseorang yang menjadi 'telinga' kepada masalah kita. Segala masalah dapat diceritakan dan kalau boleh diselesaikan bersama..

Suka
Kita suka akan si dia kerana dia seorang yang baik budi pekerti.. Dia pandai menjaga aurat dan batas pergaulan.. Kalau boleh, kita ingin sahaja terus memiliki si dia secara halal..

Minat
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik minat kita untuk mendekatinya.. Harta, paras rupa atau budi dirinya? Itulah minat sebenar terhadap seseorang insan..

Berbezakan? Tapi perlulah di ingat, jika tidak ada Sayang, Suka dan Minat sudah tentu tidak akan melahirkan perasaan Cinta!!

Cinta merupakan suatu perasaan yang amat indah.. Cintanya kita kepada ibu bapa kita, Cintanya kita kepada saudara kandung kita, Cintanya kita kepada sahabat-sahabat kita, Cintanya kita kepada guru-guru kita dan juga Cintanya kita kepada saudara seislam.. Dapat rasa cinta tu? Hebatkan? ;)

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam bukunya yang bertajuk 'Cinta dan Rindu menurut al-Quran dan as-Sunnah', beliau menyatakan bahawa pengertian cinta amatlah luas dan mendalam kerana ia berkait rapat dengan hati manusia.. Dalam Islam, cinta terbahagi kepada tiga bahagian.. Pertama, cinta kepada Allah dan Rasul, kedua cinta kepada sesama manusia dan makhluk lain dan ketiga, cinta kepada diri sendiri..

Jadi, dapat kita lihat bahawa yang utama adalah Cinta kepada Allah dan Rasul barulah dituruti dengan kumpulan cinta yang lain.. Kenapa ya?

'Walaupun demikian, ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah ( untuk menjadi ) sekutu-sekutu ( Allah ), mereka mencintainya, ( memuja dan mentaatinya ) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta ( taat ) kepada Allah..'

(Surah al-Baqarah: 165)

Diriwayatkan daripada Anas R.A katanya: Rasulullah Sallallahu alaih wasallam bersabda,

'Tiga perkara, jika terdapat dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkan dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.'

(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasaie)

Dah terjawab? ;)


Jika kita SUKAkan seseorang, berMINAT untuk menjadikannya pasangan hidup dan semati, ingin MENYAYANGInya kerana CINTA kita kepada Allah dan Rasul, uruskan lah ia berlandaskan syariat Islam.. Buat apa lagi, masuk meminanglah!!

Kalau pada pihak perempuan pula, apa salahnya masuk meminang.. Pergi pinang lelaki tu.. Malu? Takut?
Kalau eden pun malu!! haha.. ^^



Wednesday, 13 June 2012

Oh~ Aku Dilamar ^^


Tadi, ada seorang sahabat datang ke bilik saya.. Dia memberitahu kepada saya bahawa seorang lelaki telah meluahkan perasaan suka kepadanya.. Lelaki itu bukanlah mahu bercinta suka-suka.. Dia tidak mahu bercinta dengan sahabat saya tetapi hasratnya lebih kepada mahu berkahwin dengannya.. Sahabat saya bertanyakan pendapat saya tentang perkara ini.. Saya hanya ketawa.. Marah dia kepada saya.. Dah macam kaunselor pun ada aku neh.. ;)

'Jika dia seorang lelaki yang baik, layak untuk memimpin Aida (bukan nama sebenar), apa salahnya tunggu dia..' beritahu saya.. Tapi sahabat saya itu tidak tahu tentang perasaannya sendiri.. Mungkin disebabkan masih terlalu muda untuk memikirkan tentang perkara itu, dia menjadi gundah gulana.. Saya yakin Aida masih keliru untuk memberi jawapan.. Dia bimbang sekiranya lelaki itu terus 'menunggu' dirinya sedangkan dia tidak ada hati pada lelaki itu.. Penantian satu penyiksaan kan? ;)

Oleh itu, Istiqarahlah!!
Luahkan pada Allah.. Allah kan Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.. Dia pasti akan membantu hambaNya yang dalam kekeliruan.. 

Rasulullah Sallallahu alaih wasallam bersabda:

'Apabila sesiapa daripada kalangan kamu di beratkan dengan sesuatu, maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk ( iaitu, mengerjakan solat dua rakaat ) yang selain daripada solat yang fardhu.

Kemudian, hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristiqarahkan Engkau ( iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu Yang Maha Agung. 

Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi.

Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian, berkatilah bagiku dalam pilihan ini.

Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.'

(Riwayat Bukhari)


Rasulullah Sallallahu alaih wasallam sudah mengajar caranya kan.. Jadi, sabarlah menanti jawapan daripada Allah ;)

Teringat saya kisah guru saya sebelum dia menerima lamaran suaminya.. Dia terlalu buntu kerana dia tidak tahu sama ada mahu menerima lamaran tersebut atau tidak.. Akhirnya dia beristiqarah setiap malam.. Sememangnya dia tidak mendapat apa-apa mimpi tetapi Allah memberikannya jawapan dengan cara yang lain.. Hari-hari dia teringatkan lelaki itu dan hatinya terasa bahagia.. Itulah jawapan dari Dia.. Guru saya menerima lamaran itu dan kini dia terlalu bahagia.. Dia katakan kepada saya.. 'Tak rugi saya menerima lamaran suami saya tu.. Pilihan Allah kan..' katanya sambil tersenyum-senyum.. Sweet betul!! ^^

Betul, jawapan daripada Allah berbeza-beza caranya..

Firman Allah ta'ala:

'Dan apabila kamu telah berazam untuk melakukan sesuatu, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal'

Perlulah juga berbincang dengan keluarga.. Mana nak tahu mereka ada calon yang lain untuk kita.. Saya tidak ada kuasa untuk menyuruh itu dan ini.. Apa yang boleh saya katakan pada Aida adalah 'Istiqarahlah..' ;)





Tuesday, 12 June 2012

Terima Kasih Sebab Curi Hati Saya!!

Di pagi yang hening ni, terasa nak menulis tentang seorang jejaka yang mula bertapak dalam jiwa ni.. cewah~ Tapi memang.. Aku akan senyum sorang-sorang bila dapat tengok muka dia.. Dia ialah Muhammad AbuNNur bin Mohd Nazrul.. Satu-satunya anak saudara yang aku ada ;) Budak paling comel dalam hidup aku!! hehe.. (kalau korang rasa tak comel, abaikan statement last aku tu.. hihi)


Ni gambar masa Muhammad masa umur 1 hari (23 Oktober 2011).. Aku masa ni ada kat UPSI.. Bila first time dapat tengok dia dalam gambar ni, aku menangis.. Menangis gembira!! Berbulan-bulan aku tunggu dia keluar dari perut akak ipar aku, akhirnya dapat jugak jumpa ;) Aku tak dapat tahan air mata bila tengok dia.. Syukran lah pada walidnya sebab upload gambar Muhammad umur 1 hari dalam fb time tu.. ;) Dalam hati ni, meracau-racau nak balik kampung.. nak jumpa dia!! ^^


Hari ni dia dah berusia 8 bulan 21 hari.. Ni gambar latest Muhammad.. Syukran jugak pada walidnya sebab uploadkan.. hehe.. Muhammad sekarang ada di Mesir dengan mama dan walidnya ;) Gambar ni menunjukkan yang Muhammad dah makin nakal.. 'Muhammad, anak orang tu.. selamba je hang ni..' ^^

Nak cerita kenangan aku dengan Muhammad mmg tak banyak.. sebab time dia umur 2 bulan, abang dan kak ipar kena balik Mesir untuk sambung study.. Berat hati sangat nak lepaskan Muhammad pergi Mesir.. Sebab tu, dalam masa 2 bulan tu, kalau aku balik kampung, aku akan menghadap Muhammad 24 jam.. Dia tidur, aku dok sebelah dia.. Dia mandi, aku tolong usik-usik dia.. hehe.. sebab aku tau, lama aku nak tunggu dia balik Malaysia.. Dan yang paling seronok, mak aku langsung tak suruh aku buat apa-apa kerja kalau time aku syiok mengadap dan belek muka Muhammad time tidur.. Mak macam paham ;)

Time dia demam kuning, aku tak tahan tengok.. aku rasa macam nak nangis sama-sama ngan dia.. Anak buah first kan, mesti la sayang tahap konkrit 70 lapis!!


Ni gambar Muhammad dengan pakaian ihram.. Beruntung dia dapat ikut umrah dengan mama dan walidnya.. ;)


Ni pulak gambar dia dengan serban.. Aku dah la suka tengok orang lelaki pakai serban.. Sekali dia pakai, memang tak tidur malam teringatkan gambar ni.. nampak comel sgt2!!


Kerja aku, belek muka Muhammad time tidur.. Rasa nak gigit2 je pipi dia!! Time ni dia demam kuning.. That why asyik tidur je ;)


Dan tak lama lagi, jejaka kacak ni akan balik Malaysia.. 10 Julai 2012.. Tak sabar nak peluk dia.. Dah besar dia sekarang.. Makin jatuh cinta la mak lang ni pada Muhammad!! ^^ Nanti nak amek gambar dgn Muhammad sampai penuh memory card!! hehe..

Rindu sangat2 kat dia.. ;(

Ingatlah Walaupun Hanya Satu Kebaikannya

'9 kali kejahatan yang dia buat pada kita, ingatlah 1 kebaikan yang dia telah berikan.. walaupun hanya 1!!'

Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.. Kerana itu fitrah.. Manusia ada perasaan marah, suka, gembira, sedih, kecewa dan sebagainya.. Kenapa? Kerana ianya adalah fitrah. Fitrah manusia yang diberikan oleh Allah.. Kita tidak mampu menghapuskan perasaan itu, tetapi kita mampu untuk mengawalnya kan?

Saya ingin menulis tentang Persahabatan.. Dah bosan dengan isu ni? Bagi saya isu ini tidak membosankan.. Kita mempunyai sahabat yang kita cintai, kenapa perlu bosan dengan perkara yang berkaitan dengan sahabat kita? ;)  Sahabat juga seperti kita, mereka juga tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.. Tetapi, kenapa dengan kesalahan yang mereka lakukan itu, sudah cukup membuatkan kita berasa jauh hati,  berasa marah, kecewa.. Macamlah kita ni tak pernah buat salah!! ;)

Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang di pakai oleh Rasulullah Sallallahu alaih wasallam hingga berbekas leher Baginda. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaih wasallam tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

Subhanallah.. Indah sungguh sifat Utusan Allah ini. Baginda mampu bersikap sabar walaupun disakiti.. Malah membalas kesakitan itu dengan kebaikan.. Kenapa kita tidak mengikut sifat mulia yang datangnya dari insan  yang mulia ini? Rasulullah sallallahu alaih wasallam kan role model yang terbaik di dunia dan di sepanjang zaman.. Sedangkan kita, kesalahan yang sahabat lakukan, kita nampak terlalu besar sehingga mengambil masa yang lama untuk memaafkan kesalahannya.. Benar, kita bukanlah nabi yang mempunyai sifat sabar yang amat tinggi.. Tapi, kenapa kita tidak mencontohinya?

Di sini turut saya masukkan Ciri-ciri mereka yang berukhwah kerana Allah SWT:

1. Tidak membiarkan atau meninggalkan sahabatnya yang dalam kesusahan
2. Bersifat toleransi dan memaafkan
3. Berjumpa dengan wajah yang tersenyum
4. Bersahabat ikhlas kerana Allah
5. Setia dan berbuat baik kepada sahabat
6. Tidak mengumpat dan tidak menceritakan keburukan sahabat
7. Mengelakkan perselisihan pendapat, gurauan yang berlebihan dan tidak tepati janji
8. Bersifat pemurah dan muliakan sahabat
9. Mendoakan sahabat

Oleh itu, muhasabah semula diri kita sekiranya ada terselit perasaan marah, dengki, iri hati, menyampah atau pun sebagainya terhadap sahabat kita. Ingatlah, di akhirat kelak kita akan bersama orang yang kita cintai di dunia.. Tidakkah kita mahu bersama sahabat kita di sana? ;)

~peringatan untuk saya dan sahabat-sahabat~ ^^




.


Monday, 11 June 2012

Suka Lelaki Mat Saleh

                                                  
                                                      Ni Tom Cruise.. Bukan John!! ;)


Ada seorang sahabat saya bertanyakan tentang lelaki Islam vs lelaki mat saleh.. Sahabat saya itu telah lama berkawan dengan John (bukan nama sebenar), seorang lelaki mat saleh.. Pada permulaan perkenalan mereka, tidak timbul soal hati.. Namun kini sahabat saya mengutarakan kepada saya bahawa dia mula menyukai lelaki itu dan lelaki itu sendiri menunjukkan kesukaan terhadapnya. 

Hurm.. bukan mudah ingin membincangkan soal hati sebab saya sendiri tidak pernah bercinta ;)

Sahabat saya itu mengutarakan bahawa dia inginkan lelaki itu sebagai suaminya kelak.. Tetapi yang membimbangkan, lelaki mat saleh itu bukan seorang muslim, jauh sekali seorang mukmin!!

Pada pendapat saya, isu ini terdapat pro dan kontranya.. Jika benar dia sayangkan lelaki itu, bantulah lelaki itu untuk mendalami Islam.. Ajaklah dia ke arah kebenaran.. Tugas menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam untuk beriman kepada Allah adalah tugas para Rasul.. Ia merupakan tugas yang amat mulia.. Ganjaran besar yang akan diberikan kepada mereka yang tidak pernah lelah untuk mengajak orang bukan Islam untuk mentauhidkan Allah.. 

Rasulullah Salallahu alaih wasallam bersabda,

'Barang siapa menyeru kepada petunjuk (Islam) maka ia akan mendapat pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutnya, tidak berkurang sedikit pun'

(Riwayat Muslim)

Tetapi, sahabat saya mengatakan bahawa dia bukanlah seorang wanita yang terlalu kuat sehingga mampu untuk membuatkan seorang lelaki kafir menjadi mukmin.. Ya, bukan mudah sebenarnya.. Sedangkan perjuangan Rasulullah Sallallahu alaih wasallam untuk menyampaikan dakwah Islam itu sendiri ditolak keras oleh golongan yang keras hatinya..  

Jadi, saya berpendapat bahawa jika dia sendiri sedar bahawa dia tidak mampu untuk mengajak kepada Islam terhadap John, sebaiknya dia melupakan hasrat untuk terus hanyut dengan perasaan cintanya terhadap lelaki itu.. Sebaiknya pilihlah lelaki yang mampu mendidik anak-anaknya nanti untuk menjadi anak yang soleh dan solehah ;)

Tidaklah menjadi kesalahan untuk dia terus berkawan dengan John.. Mungkin suatu hari nanti, Allah akan membuka pintu hati lelaki itu untuk memasuki Islam melalui persahabatan mereka.. Namun, untuk dijadikan suami, sebagai pemimpin keluarga, sebagai pendidik anak-anak kelak, John bukanlah pilihan terbaik.. Perlu mengambil masa yang lama untuk menyedarkan lelaki mat saleh itu tentang Islam.. Janganlah terburu-buru membuat keputusan.. 

Saya tidak mengatakan lelaki Islam sejak awal itu, baik-baik semuanya.. Kita kan manusia.. Iman manusia itu sentiasa bertambah dan berkurang.. Cuma, saya bimbang sekiranya John sudi menerima Islam tetapi hanya disebabkan untuk berkahwin dengannya.. Dan apabila sudah berkahwin, sahabat saya itu tidak mampu untuk terus membimbing suaminya.. Sedangkan, tugas membimbing adalah tugas suami terhadap isterinya.. 

Isu ini terlalu panjang untuk dihujahkan.. Malah, saya bukanlah seorang yang alim tentang ini.. Tetapi, jika saya, saya lebih suka untuk memilih lelaki yang asalnya sudah Islam.. Saya memerlukan pembimbing ;)

Pakai Tudung Tak Wajib Lah!!

                                           budak ni comel je walaupun tudung herot-petot ^^


'pakai tudung tu bukan wajib, tutup aurat tu yang wajib!!'


kata-kata Ustaz Azhar Idrus betul-betul membuka mata hati aku.. Betul tu.. Ramai yang pakai tudung tapi sebenarnya tidak menutup aurat.. Jom kita lihat aurat wanita bila memakai tudung ;)

#Awak pakai tudung, tapi tudung awak singkat la..
   Islam tidak lah memaksa kita pakai tudung labuh sampai lutut.. cukuplah menutup yang 
   sepatutnya.. 
   
'Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan  
pandangannya, dan  memelihara kemaluannya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke
dadanya.. (an-Nur: 31)
  
tapi kalau pakai tudung labuh sampai lutut lagi cantik.. serius.. cantik di sisi Allah ;)

#Awak pakai tudung, tapi tudung awak jarang la..
  Pakai tudung jarang sama la macam tak pakai tudung kan.. nampak rambut, nampak 
  batang leher.. boleh  judge sendiri kan ;) Banyak sangat dah tudung-tudung keluaran
  terkini yang jarang..  Berhati-hatilah sahabat..
  
  Jangan ikutkan permodenan yang tidak mengikut syariat!! 

#Awak pakai tudung, tapi baju awak ketat la..
  Hurm.. comel dah pakai tudung, baju pulak ketat.. Adoi.. aurat tu kena tutup, bukan balut!!
   ;)

#Awak pakai tudung, tapi ada bonggol la..
  Rasulullah Sallallahu alaih wasallam bersabda,


'Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian  bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh  dicium dari jarak demikian dan demikian'


(Riwayat Muslim) 

boleh rujuk blog ini untuk huraian yang lebih terperinci ;)  









Banyak sangat ke syaratnya? Mana ada banyak.. senang pulak tu nak ikut.. ikut je.. nak cantik di sisi Allah kan?? ;) Ramai artis yang pakai tudung kan? Alhamdulillah.. tapi mereka belum tentu menutup aurat.. suka sangat nak tiru gaya artis bertudung.. lilit sana, lilit sini.. mereka bukan contoh yang terbaik buat kita!! mereka sama seperti kita.. masih 'mencari-cari'.. 

Peringatan untuk sahabat-sahabat juga untuk diri saya ;)



Sunday, 10 June 2012

Ujian Terbesar dari Dia!!

Apakah ujian paling berat yang sahabat-sahabat pernah alami?? Mesti bermacam-macam jenis ujian kan? Gagal dalam peperiksaan,  kematian ibu atau ayah, kena tinggal dengan kekasih (buat apa sedih.. baguslah tu!! elak maksiat ^^) dan lain-lain lagi la.. Tapi tahu tak yang kita berkongsi ujian yang sama dari Allah? Ujian untuk bangun solat Subuh!!

Mudah sahaja Allah ingin menguji kita.. Dia cuma mewajibkan kita menunaikan solat Subuh 2 rakaat.. cuma 2 rakaat!! tapi, kenapa kita terlalu sukar untuk bangun dan menunaikannya? Hanya dengan solat Subuh sahaja, kita dapat menilai diri kita sendiri.. Menilai di tahap mana ketaqwaan kita ;)

Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah Salallahu alaih wasallam bersabda,

'Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya' dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekali pun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh mengerjakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang ramai. Kemudian, beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang diikat, mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat jemaah, sehingga aku bakar rumah mereka'

(Riwayat Bukhari & Muslim)

masyaAllah!! 'sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam kedua-dua solat itu, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak'

Perumpamaan yang telah di berikan oleh Rasulullah Sallallahu alaih wasallam cukup menunjukkan betapa istimewanya solat Subuh..

di sini saya mengambil cara mudah melaksanakan solat Subuh yang telah disenaraikan oleh Dr Raghib al-Sirjani:

1. Ikhlas
2. Tekad yang kuat
3. Jauhilah dosa
4. Doa
5. Bersahabat dengan orang soleh
6. Contohi cara tidur Rasulullah Sallallahu alaih wasallam
7. Jangan banyak makan sebelum tidur!!
8. Mengingatkan keutamaaan waktu fajar
9. Alarm!!
10. Ajakkan orang lain

Jadi, tunggu apa lagi?? Jom kita lawan ujian ini!! ;)

Kahwin Muda?



'Kiah, aku nak kawin la..' 


itulah luahan seorang sahabat kepada saya.. saya hanya mampu tersenyum.. 'ingat dia sorang je nak kawen, aku pown nak!' jerit batinku.. hehe.. bergurau sahaja.. 


nak kahwin awal? boleh!! ;)


pada saya, berkahwin adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan maksiat.. bak kata Ustaz Azhar Idrus, 'kalau mu tengok tiang mu nampak macam perempuan, mu wajib kahwin' ;) itu maknanya, seseorang itu sudah tidak mampu untuk menahan nafsu syahwatnya walaupun berpuasa dan bimbang sekiranya dia tidak berkahwin, dia akan melakukan maksiat dengan berzina dan seangkatan dengannya.. jangan jadikan 'masih belajar' faktor anda tidak boleh berkahwin.. ramai yang masih belajar tapi telah berumah tangga.. tidak ada masalah pun!!


berkahwin akan menyebabkan kita ketinggalan dalam pelajaran? 


#jangan jadikan perkahwinan alasan kita gagal dalam pelajaran.. itu atas diri kita sendiri.. 'sapa suruh hang malas baca buku!' (ayat mak saya) hehe..


persediaan untuk majlis perkahwinan memerlukan modal yang banyak? 


#saya pernah tengok ada kenduri kahwin tu, makan bihun goreng je.. ;)  buat apa sediakan  majlis besar-besar.. cukuplah mengkhabarkan kepada orang ramai tentang pernikahan tersebut.. buat kenduri macam kenduri cukur jambul cukup la.. keberkatan tu yang penting ^^


masih belajar, tak ada duit nak sara isteri? 


#dah tak ada duit, tak kan nak duduk goyang kaki je.. kalau dah kahwin tu, cari la cara nak dapatkan duit.. jual burger ke, jual buah-buah ke, kerja kat kedai buku ke.. banyak kerja boleh buat.. isteri pun kena la cari duit sama untuk bantu suami.. banyakkan berpuasa, jimat la sikit.. ^^ sementara nak habiskan belajar then dapat kerja, insyaAllah ada je rezeki di mana-mana.. Allah kan ada, perkara baik kan ;)


nanti kalau dah ada anak macam mana?


#subhanallah!! anaklah antara rezeki yang paling hebat dari Allah.. tambah-tambah anak yang soleh dan solehah.. risau pulak dia bila dah ada anak.. sepatutnya, dia risau kalau tak dapat-dapat anak lagi ;)  memanglah untuk menyara anak itu memerlukan duit yang banyak, apa kata kalau kita minta bantuan mak dan ayah kita? mereka mesti faham punya!! ^^


tak ada jodoh lagi?


#yang ni, tak dapek eden nolongnye!! suruh mak ayah cari la!! ;)


tak dapat restu mak dan ayah?


#ya, restu ibu dan ayah amat penting.. tanpa restu mereka, hidup kita tak akan tenteram.. betul tak?? so, berbincanglah dengan mereka.. (xtau nak advice apa)




cakap macam senang je kan.. cakap memang senang, nak buat tu susah.. ini hanyalah pendapat saya.. anda bagaimana? ;)









bacalah walaupun sepotong ayat ;)

'kalau pun suatu hari nanti al-Quran itu akan dihapuskan dengan cara membakar ataupun sebagainya, namun ia tidak akan 'hapus' kerana para huffaz tidak akan mensia-siakan hafazan mereka malah mereka akan menyalin semula'

saya pernah terbaca kata-kata itu di sebuah blog.. tersenyum saya.. memang benar kata-kata itu.. ramai anak-anak muda yang menghafaz al-Quran.. takjub saya! sedangkan saya pula tidak mampu untuk menghafaz al-Quran seperti mereka.. memang saya seorang yang pelupa.. banyak makan semut agaknya ;)

bila kita sedar yang kita tidak mampu untuk menghafaz al-Quran, maka kita bacalah al-Quran.. 


susah ke nak baca al-Quran?? tak sebenarnya.. cuma tanamkan dalam diri, janji pada Allah yang dalam sehari, kita wajibkan membaca satu muka surat al-Quran.. cukuplah dulu 1 muka surat.. Baca al-Quran pula, baca sekali terjemahannya.. baru kita rasa feel ayat tu.. ni pada yang tak berapa faham bahasa arab macam saya ;) 


salah satu keistimewaan al-Quran adalah diberikan pahala bagi orang yang membacanya. Ibnu Mas'ud berkata bahawa Rasulullah Salallahu alaih wasallam bersabda,


'Siapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah (al-Quran), ia akan mendapatkan satu kebaikan yang nilainya sama dengan 10 kali ganjaran (pahala). Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.'


(Riwayat Tirmidzi) dan hadis ini diperkuat dengan hadis serupa dari Abi Sa'id..


masyaAllah, pemurahnya Dia ;)


Jadi, tunggu apa lagi.. satu hari, satu muka surat.. bukan satu hari, SATU MALAYSIA!! asyik laung satu Malaysia ja, al-Quran tak baca-baca.. peringatan untuk sahabat-sahabat dan juga diri saya ^^









menulis lebih bermakna ;)

Alhamdulillah..


Akhirnya dapat jugak saya memasuki alam blog.. dah lama mengidam nak buat blog.. nak menulis.. nak bercerita.. tapi masa tidak mengizinkan.. Saya hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan.. Semoga blog saya memberi kebaikan buat orang lain, InsyaAllah ;)