Alhamdulillah, dah ramai sahabat seIslam saya kini dah mula berubah penampilan mereka.. Dari memakai pakaian yang ketat, mereka sudah mula memakai pakaian yang lebar-lebar.. Dari tudung yang singkat, dah mula memakai tudung yang labuh.. Dari kaki dan lengan yang terdedah, dah mula pakai stokin kaki dan stokin tangan.. Tahniah diucapkan! :)
Saya tahu, semua orang mahu berubah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.. Tapi, bimbang dikatakan hipokrit.. Jika anda ingin memakai pakaian yang disuruh oleh syariat, abaikan kritikan 'Hipokrit' itu! Menutup aurat itu tuntutan dalam Islam.. Hipokrit atau tidak, itu urusan diri kita dengan Allah.. Jangan takut untuk berubah.. Saya akan memberikan beberapa tips untuk wanita-wanita di luar sana.. Tips bagaimana nak berubah dari segi penampilan..
Pertama:
Niatkan dalam hati, kita 'berubah' ini kerana Allah Taala.. Bukan kerana manusia.. InsyaAllah, Allah akan pelihara niat kita ;)
Kedua:
Pakai baju yang longgar, labuh dan tidak jarang.. Baju yang longgar itu tidaklah sehingga kelihatan kita memakai guni sehinggakan kita susah untuk bergerak.. Baju longgar itu baju yang tidak mengikut susuk tubuh badan kita.. Tapi, kalau macam guni lagi bagus! ^^
Ketiga:
Mulakan memakai tudung labuh bidang 60.. Buat ala rama-rama pun ok ;)
Keempat:
Pakai stokin kaki dan tangan.. Istiqamah yer kawan-kawan..
Kelima:
Dah boleh pakai tudung labuh yang bulat.. Ala-ala budak perempuan sekolah agama.. Mesti lagi cantik! ;)
Keenam:
Penampilan anda sudah hampir sempurna! Nak lebih sempurna, elakkan beberapa perkara ini ;)
- Memakai pakaian-pakaian yang terlalu menarik perhatian.. Warna pakaian yang terlalu menyerlah atau terlalu banyak aksesori hiasan di pakaian..
- Elakkan juga mekap-mekap ala opera cina.. Pakai bedak pun dah ok..
- Elakkan memakai bau-bauan 'syurga' berlebihan di tubuh badanmu.. Cukuplah berwangi-wangian di bilik tidur ;)
- Elakkan pemakaian kasut yang boleh menghasilkan bunyi yang kuat bila kita berjalan.. Ia boleh menarik perhatian orang ramai..
- Jangan memakai gelang yang berbunyi-bunyi ala-ala 'locengku, locengmu jua'
InsyaAllah, berubah sikit-sikit.. Islam itu mengajar, bukan mendesak.. Tapi, kita perlu mendesak diri kita untuk menjadi lebih baik.. Jangan tungguh hidayah Allah itu sampai.. Kita yang kena mencari hidayah.. Wallahua'lam ;)
No comments:
Post a Comment