Monday, 31 December 2012

Azam Baru

Bismillahirrahmanirrahim


Ya Allah, makin teruk aku sekarang.. Susah sangat nak study kalau dah berdepan dengan insan yang bernama Abg Laptop ni.. Macam-macam benda menarik sangat sampai terleka.. Tak tahu la.. Memang sejak azali lagi aku ni jenis manusia study 'last minute'.. Bila nak berubah pun aku tak tahu..

Sekarang dah masuk tahun baru 2013.. Dalam kalendar Islam dah lama tahun baru berlalu.. Tapi entahlah, macam tiada perubahan dalam diri aku sebenarnya.. Kecewa dengan diri sendiri.. Tapi, aku tak boleh berputus asa.. Berputus asa itu hanya bagi orang yang gagal.. Aku tak mahu gagal.. Doa, dan terus berdoa untuk menjadi insan yang lebih berguna buat agama ;)

Rasulullah Sallallahu alaih Wasallam berpesan,

'Jangan engkau berputus asa kerana kelambatan pemberian Allah kepadamu, padahal doamu bersungguh-sungguh.. Allah telah menjamin menerima semua doa sesuai dengan yang Dia kehendaki untukmu pada waktu yang telah Dia tentukan. Bukan menurut kehendakmu dan bukan pada waktu yang engkau tentukan..'

Azam tahun baru Masihi ni:

Banyakkan berpuasa dan kurangkan makan..
Sembahyang di awal waktu..


Semoga aku dapat laksanakan azam aku ni.. Ya Allah, permudahkanlah.. 


Saturday, 29 December 2012

'Eh, Hipokrit Betul Kau Ni!'

Lama sungguh tak update blog ni.. Bukan tiada masa, malas sebenarnya ;)

Alhamdulillah, dah ramai sahabat seIslam saya kini dah mula berubah penampilan mereka.. Dari memakai pakaian yang ketat, mereka sudah mula memakai pakaian yang lebar-lebar.. Dari tudung yang singkat, dah mula memakai tudung yang labuh.. Dari kaki dan lengan yang terdedah, dah mula pakai stokin kaki dan stokin tangan.. Tahniah diucapkan! :)

Saya tahu, semua orang mahu berubah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.. Tapi, bimbang dikatakan hipokrit.. Jika anda ingin memakai pakaian yang disuruh oleh syariat, abaikan kritikan 'Hipokrit' itu! Menutup aurat itu tuntutan dalam Islam.. Hipokrit atau tidak, itu urusan diri kita dengan Allah.. Jangan takut untuk berubah.. Saya akan memberikan beberapa tips untuk wanita-wanita di luar sana.. Tips bagaimana nak berubah dari segi penampilan..

Pertama:
Niatkan dalam hati, kita 'berubah' ini kerana Allah Taala.. Bukan kerana manusia.. InsyaAllah, Allah akan pelihara niat kita ;)

Kedua:
Pakai baju yang longgar, labuh dan tidak jarang.. Baju yang longgar itu tidaklah sehingga kelihatan kita memakai guni sehinggakan kita susah untuk bergerak.. Baju longgar itu baju yang tidak mengikut susuk tubuh badan kita.. Tapi, kalau macam guni lagi bagus! ^^

Ketiga:
Mulakan memakai tudung labuh bidang 60.. Buat ala rama-rama pun ok ;)

Keempat:
Pakai stokin kaki dan tangan.. Istiqamah yer kawan-kawan..

Kelima:
Dah boleh pakai tudung labuh yang bulat.. Ala-ala budak perempuan sekolah agama.. Mesti lagi cantik! ;)

Keenam:
Penampilan anda sudah hampir sempurna! Nak lebih sempurna, elakkan beberapa perkara ini ;)


  • Memakai pakaian-pakaian yang terlalu menarik perhatian.. Warna pakaian yang terlalu menyerlah atau terlalu banyak aksesori hiasan di pakaian.. 
  • Elakkan juga mekap-mekap ala opera cina.. Pakai bedak pun dah ok.. 
  • Elakkan memakai bau-bauan 'syurga' berlebihan di tubuh badanmu.. Cukuplah berwangi-wangian di bilik tidur ;)
  • Elakkan pemakaian kasut yang boleh menghasilkan bunyi yang kuat bila kita berjalan.. Ia boleh menarik perhatian orang ramai..
  • Jangan memakai gelang yang berbunyi-bunyi ala-ala 'locengku, locengmu jua'

InsyaAllah, berubah sikit-sikit.. Islam itu mengajar, bukan mendesak.. Tapi, kita perlu mendesak diri kita untuk menjadi lebih baik.. Jangan tungguh hidayah Allah itu sampai.. Kita yang kena mencari hidayah.. Wallahua'lam ;)